Kelab UMNO Moscow

KUMOSC | Aktif Progresif Fleksibel

Oleh Dr. Pqa» pada - - 0 comments»

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Terdapat sedikit perubahan yang perlu dimaklumkan kepada semua peserta Kursus Kahwin 2012 disebabkan oleh faktor-faktor tertentu tetapi jangan risau kerana perubahan cumalah sedikit sahaja but all of you have to take note of it.. 

Pertama sekali klik poster di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas dan anda akan dapat melihat sedikit perubahan dari segi tarikh dan masa beserta kod pemakaian pada hari tersebut


Butir- butir yang telah diubah adalah:

Tarikh: 27 Januari 2012
Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Peserta- peserta diwajibkan untuk memakai baju yang semi formal seperti T shirt yang berkolar bagi lelaki dan baju yang sopan bagi pelajar perempuan. Disebabkan cuaca yang agak sejuk di luar tidak diwajibkan untuk memakai baju kurung, cukup sekadar berbaju yang sopan sahaja.

Seperti yang sedia maklum, pengangkutan bas akan disediakan. Peserta dikehendaki untuk berkumpul pada pukul 8.30 di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan oleh AJK- AJK lokaliti masing- masing. Sila hubungi AJK- AJK berikut bagi mengetahui lokasi untuk berkumpul:

M1
Ahmad Syahmi Harun- 89645753400 (PUSHKIN)
Muhammad Hadri Abdul Majid-89266575224 (KAHOV)
Siti Nurhalijah Salam- 89267335579 (KAHOV)



M2
Akmal Saleh 89265409123
Nafisa Nadia -89636972721



MAI
Irfan - 89672824693



Maaf di atas perubahan yang berlaku dari pihak KUMOSC dan kami mengharapkan kerjasama dari pelajar sekalian untuk hadir tepat pada waktunya kerana masa agak terhad juga. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak menghadirkan diri ataupun menarik diri di saat-saat akhir, pihak KUMOSC tidak akan memberikan sijil  bagi pelajar tersebut. Oleh itu, kami mengharapkan kedatangan anda semua. 




Ini juga merupakan salah satu Majlis Ilmu. Tajdidkan niat hanya untuk Allah SWT.
Inilah titik-tolak pembinaan masjid. Batu-bata yang pertama.
Moga mendapat ilmu yang bermanfaat dari program kami ini!

Categories: