Kelab UMNO Moscow

KUMOSC | Aktif Progresif Fleksibel

KUMOSC 2010/2012

.

SERTAI KUMOSC!

.

- Dr. Pqa»
A Post Without Image

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Terdapat sedikit perubahan yang perlu dimaklumkan kepada semua peserta Kursus Kahwin 2012 disebabkan oleh faktor-faktor tertentu tetapi jangan risau kerana perubahan cumalah sedikit sahaja but all of you have to take note of it.. 

Pertama sekali klik poster di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas dan anda akan dapat melihat sedikit perubahan dari segi tarikh dan masa beserta kod pemakaian pada hari tersebut


Butir- butir yang telah diubah adalah:

Tarikh: 27 Januari 2012
Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Peserta- peserta diwajibkan untuk memakai baju yang semi formal seperti T shirt yang berkolar bagi lelaki dan baju yang sopan bagi pelajar perempuan. Disebabkan cuaca yang agak sejuk di luar tidak diwajibkan untuk memakai baju kurung, cukup sekadar berbaju yang sopan sahaja.

Seperti yang sedia maklum, pengangkutan bas akan disediakan. Peserta dikehendaki untuk berkumpul pada pukul 8.30 di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan oleh AJK- AJK lokaliti masing- masing. Sila hubungi AJK- AJK berikut bagi mengetahui lokasi untuk berkumpul:

M1
Ahmad Syahmi Harun- 89645753400 (PUSHKIN)
Muhammad Hadri Abdul Majid-89266575224 (KAHOV)
Siti Nurhalijah Salam- 89267335579 (KAHOV)



M2
Akmal Saleh 89265409123
Nafisa Nadia -89636972721



MAI
Irfan - 89672824693



Maaf di atas perubahan yang berlaku dari pihak KUMOSC dan kami mengharapkan kerjasama dari pelajar sekalian untuk hadir tepat pada waktunya kerana masa agak terhad juga. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak menghadirkan diri ataupun menarik diri di saat-saat akhir, pihak KUMOSC tidak akan memberikan sijil  bagi pelajar tersebut. Oleh itu, kami mengharapkan kedatangan anda semua. 




Ini juga merupakan salah satu Majlis Ilmu. Tajdidkan niat hanya untuk Allah SWT.
Inilah titik-tolak pembinaan masjid. Batu-bata yang pertama.
Moga mendapat ilmu yang bermanfaat dari program kami ini!

- Dr. Pqa»
A Post Without Image


Anda sudah bersedia untuk berkahwin? Anda belum bersedia tapi ada perancangan di kemudian hari?
Walau apa pun perancangan anda di kemudian hari
Perkahwinan merupakan satu sunnah yang sangat dituntut
Allah menyuruh kita berkahwin..
Menghalalkan segala bentuk perhubungan yang ada
Jadi mari kita semua bersedia untuk 
BERKAHWIN..
Walaupun masih jauh dalam perjalanan hidup
It's better to be prepared
After all...
NIKAH CONNECTING PEOPLE

Pernah dengar? Pernah terfikir? Ape lagi..jommm....




KINI BERADA DI BUMI MOSCOW!

KUMOSC akan mengadakan satu Kursus Perkahwinan khas bagi pelajar Malaysia yang ingin memperoleh sijil kahwin dan juga belajar persediaan sebelum kahwin. Untuk pengetahuan pelajar-pelajar Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka akan merasmikan upacara penutupan Kursus Kahwin ini. Kita diberikan peluang untuk berjumpa tokoh ternama Malaysia di Rusia.Seramai 8 orang ustaz bertauliah akan diterbangkan khas dari Malaysia untuk memberikan kita tunjuk ajar dan selok-belok dalam meniti perjalanan ke arah perkahwinan. Berikut merupakan butir-butir kursus tersebut:

Tarikh: 27 Januari 2012
Masa: 10.00 pagi- 9.00 malam

Bagi sesiapa yang berminat, bayaran dikenakan adalah seperti berikut:

Ahli KUMOSC: 500 RUB
Bukan ahli: 800 RUB

*Bayaran ini termasuk sijil, tempat, makanan untuk tengahari dan petang bagi 2 hari, dan pengangkutan
*Kita diwajibkan untuk membayar sijil yang bernilai RM 50 dari Malaysia (Bagi ahli, KUMOSC memberikan subsidi untuk yang lain-lain)

Sila hubungi AJK KUMOSC bagi setiap lokaliti. Anda boleh menghubungi AJK-AJK berikut:

M1
Pengarah projek:
Mohamad Fuad Bin Mohamad Piruz-89060640844 eagles_armies@yahoo.com

Ahmad Syahmi Harun- 89645753400 (PUSHKIN)
Muhammad Hadri Abdul Majid-89266575224 (KAHOV)
Siti Nurhalijah Salam- 89267335579 (KAHOV)


M2
Akmal Saleh 89265409123
Nafisa Nadia -

MAI
Irfan - 89672824693


Bagi sesiapa yang tak pergi bercuti tuh..jom la..beramai-ramai mendapatkan pengetahuan lagi tentang 

persediaan perkahwinan. Sijil yang dapat pun boleh pakai seumur hidup, tak rugi. Lagipun pengangkutan,

 makanan, tempat, ustaz telah pun disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Jom beramai-ramai pergi 

KURSUS KAHWIN. Tempat terhad jadi cepat-cepatlah mendaftarkan diri! 

- Farhana Jamal»
A Post Without Image

Pada 14 November yang lalu, YB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi telah mengadakan kunjungan rasmi ke Moscow bersama delegasi beliau. Di kesempatan itu, YB Dato’ Seri telah sudi meluangkan sedikit masa bersama para pelajar Malaysia yang berada di Moscow khususnya. Majlis makan malam yang telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Persekutuan Rusia itu bermula jam lapan malam yang dihadiri oleh wakil-wakil pelajar daripada setiap university di Moscow iaitu Moscow State Medical University, Russian National Research Medical University dan Moscow Aviation Institute.

AJK KUMOSC juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk menghadiri majlis makan malam tersebut dan seterusnya kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengadakan perbincangan tertutup bersama YB Dato’ Seri. Semasa perjumpaan tersebut, beberapa perkara penting telah dibincangkan dan YB Dato’ Seri telah didedahkan dengan isu-isu berkaitan kehidupan pelajar Malaysia bukan sahaja di Moscow malah di Nizhny Novgorod, Volgograd dan juga Saint Petersburg.



Presiden KUMOSC, saudara Akmal bin Saleh pada awalnya memperkenalkan Badan Perhubungan Rusia (BPN) dan kelab-kelab UMNO di Rusia. Beliau juga telah menerangkan kepada YB Dato’ Seri aktiviti-aktiviti yang telah pihak KUMOSC laksanakan. Antara perkara yang ditekankan adalah berkenaan Malaysian Intervarsity Games Russia yang akan diadakan di Nizhny Novgorod pada tahun hadapan. Malaysian Intervarsity Games pada kali ini diberi nafas baru kerana julung-julung kalinya dianjurkan oleh pihak Badan Perhubungan Rusia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.



Dalam pada itu juga, YB Dato’ Seri telah menjawab beberapa pertanyaan daripada AJK KUMOSC antaranya berkaitan peluang pekerjaan dalam bidang penerbangan. YB Dato’ Seri menjelaskan bahawa para pelajar tidak perlu khuatir tentang kerjaya kerana banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk diisi oleh para graduan nanti.

YB Dato’ Seri sempat memberikan pesanan agar para pelajar Malaysia di Rusia bersatu padu dan wujudkan kesefahaman sesama sendiri. Pihak KUMOSC sempat merakamkan gambar kenangan bersama YB Dato’ Seri. 


- Lady Ranger»
A Post Without Image







Laporan Moscow Race Anjuran Kelab UMNO Moscow (KUMOSC) 

          Program ini telah diadakan pada hari Ahad iaitu 30 Oktober 2011 yang lalu.Seramai 104 orang pelajar Malaysia di Moscow yang terlibat di dalam program ini.Diantaranya ialah 69 orang  pelajar tahun satu  dan selebihnya ahli jawatankuasa KUMOSC dan fasilitator yang turut menjadi sukarelawan dalam  program ini. Program ini telah berjaya diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow,Russia.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tahun satu mengenai system pengangkutan yang berada di Moscow.Malahan,memberi mereka sedikit sebanyak pengalaman yang telah dilalui oleh seniors.Mereka juga didedahkan akan kepentingan bahasa Russia yang harus dikuasai oleh setiap pelajar di bumi Russia ini.Tanpa pengetahuan bahasa Russia sungguh sukar untuk mereka berkomunikasi.Program yang dikenali sebagai ‘Moscow Race’ ini memerlukan para peserta ke 7 buah checkpoint dalam tempoh masa yang diberi.Kumpulan yang berjaya ke kesemua checkpoint dengan masa yang diberi akan diishtihar sebagai pemenang .

Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini, berakhir pada pukul 5 petang.Para pelajar diarahkan mendaftar seawal jam 9 pagi.Malahan,mereka diberi minum pagi dan sedikir sarapan.Selepas itu,mereka diberi taklimat mengenai program sebelum pertandingan dimulakan.Sewaktu program berjalan,beberapa orang daripada AJK KUMOSC telah ditugaskan untuk berada di kedutaan untuk menyusun dan menyiapkan dewan kedutaan untuk program penutup dan makan tengahari.Para pelajar telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh  seorang senior bagi mengikut para peserta supaya tidak berlaku perkara yang diingini seperti sesat dan kecederaan.

Pada pukul 3.00 petang , para peserta dilihat beransur-ansur pulang ke kedutaan Besar Malaysia di Moscow sebagai check point terakhir bagi ‘Moscow Race’ ini.Setelah mereka selesai menunaikan Solat Zohor mereka dijamu dengan hidangan makan tengahari yang lazat.Walaupun kebanyakkan dari para peserta ini kelihatan penat,namun,mereka tetap memberikan kerjasama yang baik dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini.

Acara yang paling ditunggu-tunggu sekali oleh para peserta akhirnya telah tiba.Acara Penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan Pengerusi KUMOSC , Saudara Muhammad Akmal Saleh dan diikuti ucapan dari VIP iaitu Encik Suhaimi,selaku pegawai MARA di Moscow. Bagi acara penyampaian hadiah, pula,kumpulan keempat telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ‘Moscow Race’ ini.
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan acara ini dan amat berharap dapat melibatkan diri lagi untuk program yang akan dianjurkan oleh KUMOSC di masa akan datang.Para pelajar tahun satu ini juga berkesempatan mengisi borang dan menjadi ahli KUMOSC.


Akhir kata, kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kecuaian dalam melaksanakan program ini. Diharapkan setiap peserta amat terhibur & dapat menimba serba sedikit ilmu daripada program ini. Sehingga kita bertemu lagi di program Kumosc seterusnya,InsyaAllah..
Terima Kasih.
<3 Kumosc 

- Lady Ranger»
A Post Without Image







Laporan Moscow Race Anjuran Kelab UMNO Moscow (KUMOSC) 

          Program ini telah diadakan pada hari Ahad iaitu 30 Oktober 2011 yang lalu.Seramai 104 orang pelajar Malaysia di Moscow yang terlibat di dalam program ini.Diantaranya ialah 69 orang  pelajar tahun satu  dan selebihnya ahli jawatankuasa KUMOSC dan fasilitator yang turut menjadi sukarelawan dalam  program ini. Program ini telah berjaya diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow,Russia.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tahun satu mengenai system pengangkutan yang berada di Moscow.Malahan,memberi mereka sedikit sebanyak pengalaman yang telah dilalui oleh seniors.Mereka juga didedahkan akan kepentingan bahasa Russia yang harus dikuasai oleh setiap pelajar di bumi Russia ini.Tanpa pengetahuan bahasa Russia sungguh sukar untuk mereka berkomunikasi.Program yang dikenali sebagai ‘Moscow Race’ ini memerlukan para peserta ke 7 buah checkpoint dalam tempoh masa yang diberi.Kumpulan yang berjaya ke kesemua checkpoint dengan masa yang diberi akan diishtihar sebagai pemenang .

Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini, berakhir pada pukul 5 petang.Para pelajar diarahkan mendaftar seawal jam 9 pagi.Malahan,mereka diberi minum pagi dan sedikir sarapan.Selepas itu,mereka diberi taklimat mengenai program sebelum pertandingan dimulakan.Sewaktu program berjalan,beberapa orang daripada AJK KUMOSC telah ditugaskan untuk berada di kedutaan untuk menyusun dan menyiapkan dewan kedutaan untuk program penutup dan makan tengahari.Para pelajar telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh  seorang senior bagi mengikut para peserta supaya tidak berlaku perkara yang diingini seperti sesat dan kecederaan.

Pada pukul 3.00 petang , para peserta dilihat beransur-ansur pulang ke kedutaan Besar Malaysia di Moscow sebagai check point terakhir bagi ‘Moscow Race’ ini.Setelah mereka selesai menunaikan Solat Zohor mereka dijamu dengan hidangan makan tengahari yang lazat.Walaupun kebanyakkan dari para peserta ini kelihatan penat,namun,mereka tetap memberikan kerjasama yang baik dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini.

Acara yang paling ditunggu-tunggu sekali oleh para peserta akhirnya telah tiba.Acara Penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan Pengerusi KUMOSC , Saudara Muhammad Akmal Saleh dan diikuti ucapan dari VIP iaitu Encik Suhaimi,selaku pegawai MARA di Moscow. Bagi acara penyampaian hadiah, pula,kumpulan keempat telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ‘Moscow Race’ ini.
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan acara ini dan amat berharap dapat melibatkan diri lagi untuk program yang akan dianjurkan oleh KUMOSC di masa akan datang.Para pelajar tahun satu ini juga berkesempatan mengisi borang dan menjadi ahli KUMOSC.

- Aysha Mohamad»
A Post Without Image


Bersempena dengan hari yang mulia ini, KUMOSC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat islam di seluruh dunia. Sambutan perayaan Aidiladha pada 6 November ini akan diadakan bertempat  di  Kedutaan Malaysia Rusia. 
Sambutan tersebut bakal dimulakan dengan solat raya pada pukul 10.00 pagi.

*Pelajar diminta untuk membawa sejadah masing-masing.